Hari ini: Kakak saya menemani saya ke sekolah untuk meminjam buku teks dan membeli buku-buku tulis. Kemudiannya, saya dan kakak saya menuju ke Jaya Jusco untuk menyuci gambar-gambar pertunangannya. Selepas selesai mencuci gambar, saya dan kakak saya membuka langkah ke "POPULAR" iaitu sebuah kedai buku dan alat-alat tulis yang amat terkenal, lalu saya pon membeli sedikit buku-buku rujukan dan serba sedikit alat tulis untuk tahun hadapan.
Semalam: Pada malam semalam, saya menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudara saya di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Ramai saudara mara yang tidak dikenali sebelum ini dapat saya temui. Majlis itu sangat grand! Tetapi malang nya pinggang saya sakit ketika menunggu majlis tersebut untuk bermula, kerana kami terpaksa menunggu di meja makan pada masa yang agak lama, memandangkan para-para jemputan tidak datang mengikut waktu yang ditetapkan. Sungguh tidak "punctual" bak kata matsalleh.
Saya menemui ramai para artis tanah air kita, seperti Dato' Siti Nurhaliza dan yang lain2 *tidak dikenali sangat. Rupa-rupa nya, Siti merupakan saudara jauh saya, oh sungguh terharu saya pabila mendengar khabar itu. Oh sebelum terlanjur,saya ingin mengatakan bahawa suara adik kepada Siti iaitu Saerah, amatlah sumbang, dan die sangat menggada-ngada. -.-" Sekian.
Semalam punya semalam: Semalam punya semalam merupakan hari pertunangan kakak saya yg bernama Syafawati binti Abdullah. Umur nya baru sahaja menjengkahi 23, akan memasuki umur 24 pada 22 April 2010. Tunang nya bernama Ridhwan juga dikenali sebagai Wan. Majlis pertunangannya di hadiri lebih kurang seratus lebih orang. Majlis tersebut bermula pada pukul 12 tengahari dan tamat pada belah petang. Saya amat gembira kerana dapat menemui ramai saudara mara saya. Dengan adanya majlis sebegini, kami dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan dapat bersuai kenal dengan ramai orang. Semuanya berjalan dengan lancar, alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment